Haaland pemain terbaik UEFA

Iklan
Haaland - Foto AFP

ERLING Haaland dan pengendali pasukan Manchester City, Pep Guardiola memenangi anugerah UEFA untuk pemain terbaik dan jurulatih terbaik tahun ini.

Haaland menewaskan rakan sepasukannya, Kevin De Bruyne dan juara Piala Dunia 2022, Lionel Messi selepas membantu City memenangi tiga trofi utama, Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, pemain berusia 22 tahun itu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional England dan menjaringkan 52 gol dalam 53 perlawanan dalam semua pertandingan musim lalu.

"Musim ini adalah tentang memastikan fokus saya jelas. Lebih banyak mata akan tertumpu kepada saya dan pasukan saya selepas memenangi Liga Juara-Juara. Kami harus lebih tajam dan lebih bersedia," kata Haaland.

Iklan

Dalam pada itu, Guardiola memenangi anugerah tersebut mendahului pengendali dari Itali, Luciano Spalletti yang membawa Napoli merangkul kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh 33 tahun.

Guardiola turut menewaskan Simone Inzaghi iaitu pengendali Inter Milan yang menjadi naib juara Liga Juara-Juara dan memenangi Piala Itali.

Iklan

Sementara itu, pengurus England Sarina Wiegman dinobatkan Jurulatih Wanita Terbaik Tahunan selepas membawa Lionesses ke final Piala Dunia manakala pemenang Piala Dunia dari Sepanyol Aitana Bonmati dipilih pemain terbaik.