Dua kekangan penstrukturan kepada peralihan tenaga - KJ
Iklan
Khairy Jamaluddin ketika dalam program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Khamis.
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan bahawa terdapat dua kekangan penstrukturan kepada peralihan tenaga yang berjaya untuk fasa kedua Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Khairy Jamaluddin berkata, kekangan pertama adalah dari segi masalah penstrukturan yang mempunyai kaitan dengan penjanaan elektrik pada waktu ini.
Iklan
Iklan
"Kalau tidak silap saya, lebih daripada separuh masih lagi dijana menggunakan sumber yang tidak mesra alam sekitar, sebagai contoh arang batu.
"Semasa kita bincang dengan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini, beliau belum lagi dapat menjawab macam mana untuk ‘decommission’ (tutup) awal loji-loji arang batu ini.
Iklan
"Untuk makluman, loji-loji ini dia ada perjanjian yang dikenali sebagai perjanjian pembelian kuasa, dan perjanjian ini jangka masanya agak panjang. Sekiranya kita hendak tutup loji-loji arang batu ini, ia mesti dibayar pampasan,” katanya ketika dalam program podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Khamis.
Pada 30 Mei, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Malaysia bersedia untuk melancarkan NETR secara berfasa mulai bulan Jun, meletakkan cita-cita sifar bersih negara sebagai tindakan dengan mengenal pasti inisiatif impak utama dan pelan pelaksanaan untuk dua dekad akan datang.
Iklan
Rafizi berkata, pelan hala tuju itu menggariskan langkah-langkah kerajaan untuk mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 70 peratus menjelang 2050.
Dalam pada itu, ujar Khairy Jamaluddin, sebelum ini Nik Nazmi ada menyebut bahawa beliau mempunyai formula untuk ditawarkan kepada pihak pengeluar tenaga bebas (IPP) tersebut iaitu satu perjanjian baharu untuk mereka membina dan mengoperasikan loji yang dikuasai oleh industri tenaga boleh baharu (TBB).
"Tetapi belum ada apa-apa kepastian. Jadi itu menjadi satu kekangan penstrukturan peralihan tenaga kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, ulas beliau, kekangan kedua pula adalah melibatkan harga subsidi.
"Selagi harga bahan api fosil ini disubsidi contohnya harga petrol disubsidi dengan banyak oleh kerajaan, maka insentif di bawah untuk mengubah dan untuk membeli kereta elektrik adalah tidak tinggi sangat.
"Jadi ia bukan soal berkomunikasi dengan rakyat biasa tentang isu ini, tetapi ini ada kaitan langsung dengan sistem insentif. Maknanya insentif itu tidak ada,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>