93 kubur bayi, budak ditemui di tapak bekas sekolah

Iklan
Sidang media berkenaan penemuan kawasan kubur kanak-kanak dan 14 kubur bayi di bekas sebuah sekolah di Saskatchewan. - Foto: X @Pratyush Dayal

OTTAWA - First Nation menemukan 79 tempat yang dipercayai kubur kanak-kanak dan 14 kubur bayi di bekas sebuah sekolah di Saskatchewan, Kanada, lapor Xinhua memetik CTV News.

"Ini bukan angka muktamad. Mungkin ada lebih banyak lagi,” kata ketua First Nation English River Jenny Wolverine pada sidang akhbar di Saskatoon, di wilyah Saskatchewan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut laporan itu, ketua English River menggesa kerajaan persekutuan dan wilayah supaya menyediakan sumber untuk First Nation menjalankan usaha pencarian itu.

English River memulakan pencarian di tapak bekas Beauval Indian Residential School pada Ogos 2021, menggunakan radar dan pasukan penyelidiknya kini bersedia untuk beralih ke fasa kedua.

Iklan

Sekolah itu diasaskan pada tahun 1860 dan beroperasi selama lebih 100 tahun, menurut University of Regina.

Pada 2013, seorang bekas penyelia asrama di sekolah itu telah disabitkan dengan kesalahan mencabul dan serangan tidak senonoh dan kelucahan melampau ke atas budak lelaki antara 1959 dan 1967. - Bernama

Iklan