Amanat Perdana PM sempena Hari Kebangsaan petang ini

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 2 petang ini.

Amanat berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen media tempatan seperti Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), selain menerusi Facebook rasmi perdana menteri dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Iklan
Iklan

Anwar akan menyampaikan amanat pertamanya sempena Hari Kebangsaan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada November tahun lepas.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia MadaniI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, akan berlangsung di Putrajaya esok.

Iklan

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sejumlah 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara. - Bernama

Iklan