Surah Al-Insan jadi pilihan
Iklan
Sebahagian peserta Malaysia#Quran Hour yang lalu.
JOHOR BAHRU - Surah Al-Insan menjadi pilihan untuk diketengahkan pada program Malaysia #QuranHour sempena Hari Kebangsaan 2023 di Masjid Al-Asma’ul Husna, Bandar UDA Utama di sini pada 30 Ogos ini.
Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor, Roziah Kamal berkata, surah berkenaan menjadi pilihan untuk dihayati semua jemaah kali ini dalam usaha membentuk karakter al-Abrar (berakhlak mulia) dalam kalangan mereka.
Iklan
Iklan
Malah katanya, pemilihan surah berkenaan turut selari dengan tema Malaysia #QuranHour kali ini iaitu Malaysia Berakhlak Mulia, Pemuda Merdeka Pemimpin Abrar.
"Oleh itu, umat Islam perlu sama-sama memahami dan mengamalkan inti pati yang diketengahkan dalam Surah Al-Insan yang diangkat sebagai surah utama dengan membawa tema ‘memanusiakan manusia (humanizing the ummah) melalui agenda humanizing the home, humanizing the workplace, humanizing the nation serta humanizing the world dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga,” katanya.
Program berkenaan juga merupakan usaha berterusan daripada Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor (PPRNNJ).
Iklan
Sebahagian peserta Malaysia #QuranHour menuju ke lokasi menaiki bas yang disediakan.
Selain PPRNNJ, penganjuran program kali ini turut mendapat kerjasama daripada ahli-ahli jawatankuasa Masjid Al Asma’ul Husna, Bandar UDA Utama.
Program yang telah dilaksanakan sejak tahun 2015 lalu itu adalah sebuah program satu jam bersama al-Quran sebagai permulaan untuk melakukan perubahan minda yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemaah daripada seluruh Johor.
Iklan
Sementara itu, Roziah berkata, selain Surah Al-Insan, dua lagi surah iaitu Surah Al-Asrdan Al-Fatihah akan ditadabbur oleh pentadabbur bertauliah.
Katanya, kesemua surah berkenaan perlu difahamkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
"PPRNJ akan terus melaksanakan pelbagai program bagi membudayakan membaca al-Quran secara konsisten demi mencapai matlamat penubuhan pertubuhan ini iaitu membawa masyarakat dan ummah membaca dan memahamkan.
"Masyarakat juga diharap dapat mengamalkan saranan-saranan serta pesanan-pesanan yang telah terdapat dalam al-Quran,” katanya.
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.