Idrus dilapor bercuti sebelum bersara

Iklan
Idrus Harun

SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilapor kini telah bercuti sebelum bersara pada 6 September ini.

Memetik laporan The Star, tugas yang ditinggalkan Idrus itu akan diambil oleh Peguam Cara Negara, Datuk Terrirudin Mohd Salleh selaras dengan undang-undang apabila berlaku kekosongan kepada jawatan tersebut.

Iklan
Iklan

"Di bawah subseksyen 376(2) Kanun Tatacara Jenayah, Peguam Cara Negara hendaklah mempunyai semua kuasa Timbalan Pendakwa Raya dan hendaklah bertindak sebagai Pendakwa Raya sekiranya tiada atau ketidakupayaan untuk bertindak Peguam Negara," menurut sumber kepada akhbar itu.

Pada 3 Mac lalu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan Idrus dilantik semula sebagai Peguam Negara bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac.

Iklan

Mohd Zuki menerusi kenyataan berkata, selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan semula Idrus sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan.

Idrus, yang juga abang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020 bagi tempoh dua tahun menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020.

Iklan

Sebelum dilantik sebagai Peguam Negara, Idrus adalah Hakim Mahkamah Persekutuan selain pernah berkhidmat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta penasihat undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).