Dua lelaki ditahan edar dadah di Tanjung Piai
Iklan
PONTIAN - Dua warga tempatan disyaki pengedar dadah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor di Sungai Belukang, Tanjung Piai pada awal pagi Ahad.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, penahanan kedua-dua lelaki warga tempatan berumur 32 dan 30 tahun itu dilakukan pada jam 2 pagi.