Budak 5 tahun maut didera ibu, teman lelaki

Iklan
Anbalagan

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia dipercayai didera ibu kandungnya di kediaman mereka di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, mangsa telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Idris Shah (Hospital Serdang) kira-kira jam 12.50 tengah malam Selasa lalu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Iklan
Iklan

"Bantuan pernafasan telah diberikan pegawai perubatan namun tiada respon positif sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata, soal siasat terhadap ibu mangsa berusia 44 tahun mendapati satu laporan polis palsu telah dibuat oleh teman lelaki ibunya berusia 29 tahun yang mendakwa telah terlanggar mangsa dengan lori bagi mengelak perbuatan mereka diketahui.

"Siasatan mendapati tiada kejadian itu berlaku sebaliknya lori terbabit merupakan kenderaan curi di Kajang," katanya.

Iklan

Katanya, kedua-dua suspek (ibu dan teman lelaki) kemudian telah mengaku mendera mangsa sebelum tangkapan dibuat pada hari kejadian.

"Ibu mangsa telah bersama dengan teman lelakinya itu sejak suaminya meninggal dunia pada September tahun lalu.

Iklan

"Kedua-dua suspek yang positif dadah itu kini direman tujuh hari sehingga 29 Ogos untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.