Kerajaan Selangor jangan pinggir kemajuan DUN pembangkang - Noh
Iklan
Noh mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengunjung di tapak penjaja Pekan Tanjong Karang di sini pada Sabtu.
KUALA SELANGOR - Kerajaan Selangor diingatkan agar tidak meminggirkan kemajuan di daerah Kuala Selangor meskipun kelima-lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perlu mengetepikan soal politik dalam usaha membangunkan negeri ini.
Iklan
Iklan
"Sebagai bekas pemimpin di Selangor ini, saya hendak melihat bahawa negeri ini dimajukan secara adil kepada semua rakyat," katanya ketika ditemui pada Program Pengedaran Jalur Gemilang kepada penjaja di Pekan Tanjong Karang pada Sabtu.
Justeru, Noh berkata, kerajaan Selangor mestilah memberi peruntukan sama rata kepada semua ADUN pembangkang bagi tujuan pembangunan dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.
Iklan
Beliau memberitahu, sejarah pilihan raya di daerah Kuala Selangor yang mempunyai dua Parlimen dan lima DUN itu mencipta sejarah luar biasa apabila enam daripada tujuh kerusi dimenangi pembangkang.
"Di daerah (Kuala Selangor) ini, PH (Pakatan Harapan) hanya memenangi satu kerusi Parlimen Kuala Selangor, manakala Parlimen Tanjong Karang dan semua lima DUN dimenangi oleh PN (Perikatan Nasional).
Iklan
"Tidak pernah berlaku lagi Kuala Selangor ini dikuasai pembangkang yang dulunya kawasan ini pernah menjadi kubu kuat BN (Barisan Nasional), tetapi hari ini telah pun berubah apabila ia menjadi kubu kuat Pas dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia)," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Parlimen Kuala Selangor dimenangi penyandangnya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari PH dan Parlimen Tanjong Karang pula dimenangi PN menerusi Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.
Lima DUN dimenangi PN iaitu di DUN Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan DUN Permatang, Nurul Syazwani Noh.
Selain itu, DUN Bukit Melawati Noorazley Yahya; Ijok, Jefri Mejan dan Jeram, Harrison Hassan.
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com