Polis siasat kes bacaan doa tular
Iklan
Allaudeen
KUALA LUMPUR - Polis menerima satu laporan berkenaan tindakan seorang lelaki yang membaca doa dalam satu majlis yang turut disertai upacara keagamaan penganut lain.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, laporan itu diterima pihaknya pada 22 Ogos.
Iklan
Iklan
"Setakat ini, kita terima satu laporan berhubung insiden berkenaan.
"Siasatan berhubung laporan itu dilakukan oleh pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.
Iklan
Beliau berkata, masyarakat dinasihat agar tidak membuat sebarang andaian mengenai kes terbabit.
Jelas beliau, sebaliknya, periksa dahulu sebelum membuat keputusan untuk tularkannya.
Iklan
"Jangan jari jemari terlalu laju untuk tularkan sesuatu isu. Apabila tular, kesannya sangat besar, semak kesahihan berita dan implikasinya," ujarnya.
Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melakukan siasatan lanjut berhubung isu terbabit bagi memastikan amalan itu tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa.
Dalam kes berlainan, mengulas mengenai insiden tarian gelek separuh bogel di Bukit Bintang, di sini, yang tular di media sosial, baru-baru ini, Allaudeen berkata, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengambil tindakan berhubung isu itu.
"Tindakan sudah diambil oleh DBKL. Malah, premis itu juga sudah ditutup,” katanya.
Sebelum itu, satu rakaman video memaparkan beberapa wanita menari tarian gelek dengan pakaian menjolok mata di Bukit Bintang tular di media sosial Facebook.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus"><meta itemprop="description" content="Presiden NGO tak mengaku salah, dakwa dewan RM2 juta siap 100 peratus
Seorang presiden sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu pada Rabu atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dengan memperoleh peruntukan pembinaan sebuah dewan berjumlah RM2 juta.
Makinsos Nawai, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Andi Razalijaya A Dadi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789022/berita/semasa/presiden-ngo-tak-mengaku-salah-dakwa-dewan-rm2-juta-siap-100-peratus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #salahgunakuasa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T03:23:56.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xardq42"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xardq42"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xardq42"></script>