KUALA LUMPUR - Malaysia dan Iran senada dan sepakat meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dicapai melalui perbualan telefon antara beliau dan Presiden Iran, Presiden Seyyed Ebrahim Raisi pada Selasa, sejurus tamat kunjungan hormat Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zamby Abdul Kadir ke atas presiden itu.