‘Kerajaan perlu semak semula jika KDNK tidak capai sasaran’- KJ
Iklan
Khairy Jamaluddin dalam Program Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Isnin.
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menyemak semula sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekiranya tidak mencapai unjuran 4 hingga 5 peratus pada 2023.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu dilihat sukar memandangkan permintaan eksport domestik masih lagi perlahan dan sekiranya tiada tindakan dibuat, negara akan gagal mencapai sasaran tersebut.
Iklan
Iklan
Ujarnya, persekitaran ekonomi dunia termasuk di China turut memberi kesan terhadap Malaysia.
"Kita tidak boleh menyalahkan orang lain sekiranya negara tidak mencapai matlamat yang ditetapkan, melainkan ia perlu disemak semula.
Iklan
"Pada pendapat saya ini merupakan amaran awal kepada kerajaan untuk memastikan usaha tersebut dirancakkan segera seperti yang diumumkan atau kita tidak mungkin mampu mencapai unjuran yang ditetapkan,” katanya dalam Program Podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Isnin.
Menurut Khairy, pada suku tahun kedua 2022, kadar pertumbuhan KDNK berada dalam keadaan baik dengan 8.9 peratus.
Iklan
Jelasnya, walaupun negara mengalami sekatan pergerakan akibat Covid-19, namun perancangan yang jelas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika itu dilihat berjaya membuka beberapa sektor ekonomi utama.
"Peningkatan vaksinasi kepada rakyat merupakan usaha membuka semula ekonomi negara secara selamat pada 2022,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>