Impian Cakra Khan lebur

Iklan
Impian Cakra Khan ke peringkat seterusnya di America's Got Talent 2023 (AGT 2023) nampaknya tidak kesampaian.

IMPIAN penyanyi Cakra Khan ke peringkat seterusnya di America's Got Talent 2023 (AGT 2023) nampaknya tidak kesampaian.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri penyanyi berusia 31 tahun itu menerusi akaun X miliknya.

Iklan
Iklan

"Kalau dilihat menerusi Instagram, saya tidak masuk semua. Maaf ya.

Malah jika dilihat menerusi akaun Instagram @agtauditions, nama Cakra tidak disebut untuk ke peringkat seterusnya, berbanding rakan senegara, Putri Ariani.

Iklan
Iklan

Bahkan Cakra sendiri secara optimis menyatakan sokongannya buat penyanyi muda kurang upaya itu dan mendoakan kejayaan buat Putri Ariani.