Bangunan baharu perlu dilengkapi infrastruktur internet - Fahmi
Iklan
Fahmi melawat ruang pameran ketika hadir pada perasmian penutup Minggu Merdeka PAM di Pertubuhan Arkitek Malaysia pada Ahad. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menggesa kelompok arkitek tempatan agar memastikan bahawa reka bentuk setiap bangunan baharu dalam negara dilengkapi dengan infrastruktur internet yang baik.
Beliau berkata, ini selaras dengan keperluan akses rangkaian 5G yang telah sedia ada di Malaysia.
Iklan
Iklan
"Saya percaya banyak bangunan baharu, insya-ALLAH akan menjadi lebih lengkap, kita kini sudah ada 5G, jadi banyak struktur ini perlu ditapis supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya internet terpantas yang kita ada.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika menutup Program Merdeka Hujung Minggu Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) di sini pada Ahad.
Iklan
Turut hadir ialah Presiden PAM, Abu Zarim Abu Bakar dan Ketua pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura"><meta itemprop="description" content="Mesin pengimbas canggih kesan apa sahaja pada badan penumpang RTS Malaysia-Singapura
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RTS #MesinPengimbas #Saifuddin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-28T11:02:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gQ-Lk1guTPPhkwx-W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbrqi5q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbrqi5q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbrqi5q"></script>