Spurs tetap menang tanpa Kane

Iklan
Para pemain Spurs meraikan kemenangan 2-0 ke atas United dalam aksi EPL awal pagi Ahad. - Foto AFP

TOTTENHAM Hotspur mempamerkan aksi cemerlang tanpa pemain sensasi, Harry Kane setelah mengejutkan Manchester United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Spurs beraksi buat kali pertama di laman sendiri, Stadium Tottenham Hotspur sejak penjaring terbanyak kelab, Kane berhijrah ke Bayern Munich.

Iklan
Iklan

Skuad bimbingan, Ange Postecoglou memberi amaran awal kepada lawan dalam kancah EPL apabila jaringan Pape Sarr dan gol sendiri, Lisandro Martinez meneruskan permulaan hambar United pada musim ini.

"Perjalanan kami masih jauh tetapi saya sangat menyukai kepercayaan dan ketabahan yang dimiliki oleh pemain serta keberanian yang mereka ada untuk terus bermain seperti itu,” ujar Postecoglou.

Iklan

Anak buah Erik ten Hag bernasib baik menang 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers di laman sendiri biarpun gagal mempamerkan aksi menggerunkan Selasa lalu.

Kali ini United dihukum susulan prestasi mereka yang kian merudum selepas permulaan yang baik.

Iklan

Dalam aksi itu, Spurs mula memberi amaran awal selepas percubaan Pedro Porro menggegarkan palang lawan.

Akhirnya anak buah Postecoglou berjaya memecah kebuntuan apabila Sarr meledak gol pertamanya untuk Spurs pada minit ke-49.

"Aksi yang memukau pada separuh masa kedua. Itu yang pasukan inginkan (kemenangan),” ujar Postecoglou.

Malang terus menimpa United apabila Spurs memperoleh gol kedua berpunca daripada hantaran silang Ivan Perisic gagal disambut Ben Davies.

Sebaliknya, tampanan yang cuba dibuat Martinez membiaskan ke gawang sendiri.