Zambry adakan lawatan rasmi sulung ke Iran
Iklan
Zambry
PUTRAJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Iran dari Ahad (20 Ogos) hingga 23 Ogos atas jemputan rakan sejawatnya, Hossein Amirabdollahian.
Semasa lawatan itu, Zambry dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin Iran dan mengadakan pertemuan dua hala dengan Hossein bagi menyusul perbincangan yang diadakan di luar Mesyuarat Menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada 5 Julai.
Iklan
Iklan
"Mereka juga dijangka bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama. Selain itu, Zambry juga dijadual menganjurkan sesi libat urus dengan pemimpin-pemimpin perniagaan tempatan,” menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
Kenyataan itu berkata, lawatan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke arah meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan semua negara termasuk Iran.
Iklan
Zambry semasa lawatannya akan diiringi oleh pegawai kanan kerajaan daripada kementeriannya dan delegasi perniagaan.
Iran ialah rakan dagangan kelapan terbesar Malaysia dan sumber import ke-11 terbesar dalam kalangan negara Asia Barat. Jumlah dagangan pada 2022 ialah RM3.69 bilion (US$0.83 bilion), meningkat 40.2 peratus, berbanding RM2.63 bilion (AS$0.64 bilion) pada 2021. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>