UMNO menyimpang daripada idealisme perjuangan asal?
Iklan
Ismail Sabri
KUALA LUMPUR - Antara punca penolakan pengundi Melayu apabila mereka mentafsirkan UMNO telah menyimpang daripada idealisme perjuangan asal.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, salah satu buktinya apabila kepimpinan UMNO memusnahkan Muafakat Nasional yang menjadi harapan umat Melayu terhadap penyatuan ummah.
Iklan
Iklan
Lebih memburukkan keadaan, beliau berkata, apabila kepimpinan tertinggi parti itu mengheret UMNO untuk bersama DAP malah menggesa supaya jentera bekerja dan mengundi parti berkenaan dalam pilihan raya.
"Pengaruh UMNO di Malay Belt atau lingkaran Melayu - Kedah, Kelantan dan Terengganu – sangat kritikal seperti pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU). UMNO hanya mampu menang satu kerusi. Hilang 20 kerusi jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Iklan
"Analisis awal menunjukkan sokongan pengundi Melayu di Kedah kepada Pakatan Harapan PH)-Barisan Nasional (BN) hanyalah 17 peratus. PN (Perikatan Nasional) telah memenangi 21 DUN dengan majoriti lebih 10,000 undi manakala empat DUN dengan majoriti lebih 20,000 undi.
"Justeru, UMNO memerlukan perubahan drastik dari segi pendekatan, menjual naratif yang boleh diterima oleh rakyat dan perubahan kepimpinan untuk terus relevan dalam arus politik negara," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam kolumnya, Jalar Fikir yang disiarkan Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ismail Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bera berkata, keputusan PRN tersebut menunjukkan parti itu seolah-olah terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk mencapai kemenangan.
"Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Jangan membiarkan nasib UMNO persis MCA dan Gerakan yang terpaksa berpapah kepada undi Melayu untuk memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya," katanya.
Tambahnya, untuk pulih UMNO, memerlukan kepimpinan yang dinamik, berkebolehan dalam mengembalikan idealisme perjuangan parti.
BERITA SEMASA 12 MEI 2024
Pang Sock Tao yakin kempen dijalankan Pakatan Harapan (PH) sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mengikut undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Bagaimanapun, Sock Tao berkata, pembangkang berhak mengemukakan petisyen pilihan raya jika terdapat bukti terhadap dakwaan tersebut.
Jelasnya, pembangkang atau sebarang parti ada hak untuk memfailkan petisyen tapi beliau yakin kempen 14 hari yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan berhemah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664341/berita/politik/yakin-kempen-prk-kkb-ikut-undang-undang---sock-tao
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #KualaKubuBaharu #AdunKualaKubuBaharu #PRK #PRK KKB