Gelombang hijau sukar diterima di Johor - Aminolhuda

Iklan
Mohamed Khaled (kanan) dan Aminolhuda (kiri) pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Johor pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - 'Gelombang hijau' Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Undangan (DUN) Simpang Jeram tidak akan berlaku, malah akan ditolak rakyat Johor.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, gelombang berkenaan agak sukar diterima rakyat Johor yang lebih mengutamakan kesederhanaan.

Iklan
Iklan

"Orang Johor ini pendekatannya lebih sederhana, dengan kesederhanaan itulah, saya berpandangan Pas agak sukar berada di negeri ini.

"Pemikiran secara sederhana ini membawa orang Johor ke hadapan dalam menentukan kestabilan negeri,"katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menambah kerjasama yang dijalin BN dan PH pada PRK kali ini menunjukkan kestabilan politik di dalam Kerajaan Perpaduan.

"Ia jelas selari dengan perjuangan demi kestabilan yang diasaskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan juga kepimpinan PH," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata PN tidak boleh lagi menggunakan naratif seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri lalu iaitu kerajaan Pusat boleh berubah sekiranya PN mendapat undi tertinggi.

"Mana ada kerajaan Pusat akan jatuh. Faktor keputusan pilihan raya akan menyebabkan kerajaan Pusat jatuh tidak terjadi. Mereka tidak boleh gunakannya untuk pilihan raya kali ini.

"Mana-mana parti bertanding mestilah yang boleh bekerjasama dengan kerajaan Pusat agar kerajaan negeri dan rakyat tidak tercicir serta ketinggalan," katanya.