Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang sejak Julai

Iklan
Yahaya Hassan

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak 30 Julai lalu di Taman Desa Kebudayaan dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, laporan kehilangan Pang Sin Siang, 15, yang bertubuh gempal dan berkulit cerah, dibuat oleh ibunya pada 31 Julai lalu di Balai Polis Kampung Rapat dekat sini.

Iklan
Iklan

"Kehilangannya hanya disedari pada 30 Julai lalu selepas dia tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh kedua ibu bapanya hingga kini,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Justeru orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500. - Bernama

Iklan
Iklan