MBJB turunkan 3,455 iklan ah long

Iklan
Amran

JOHOR BAHRU - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menurunkan 3,455 iklan pinjaman wang tidak berlesen di sekitar bandar raya ini.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata, angka itu menunjukkan berlakunya peningkatan jumlah yang diturunkan iaitu 1,387 iklan berbanding Februari lalu.

Iklan
Iklan

"Selain itu Jabatan Penguatkuasaan juga telah menurunkan sebanyak 319 gegantung, 142 kain rentang atau sepanduk, 12 papan iklan (billboard) dan 520 iklan pelbagai pada Mac lalu.

"Iklan-iklan tersebut telah diturunkan atas pelbagai kesalahan seperti tidak mempunyai lesen dan permit kebenaran menggantung atau meletakkan di jalan protokol atau di tempat yang tidak dibenarkan," katanya.

Iklan

Amran berkata, selain itu Unit Anti-Litter MBJB juga telah mengambil 106 tindakan terhadap kesalahan seperti membuang puntung rokok, sampah di tempat tidak sepatutnya serta longgokan secara haram.

"Daripada jumlah ini, 56 tindakan telah diambil di pusat bandar manakala 50 tindakan di kawasan JB Sentral," katanya.

Iklan

Beliau turut memaklumkan sebanyak 4,300 kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti halangan kenderaan atau premis di siar kaki, lorong belakang dan kaki lima, perniagaan atau menjaja tanpa lesen serta mengadakan ubahan tambahan atau binaan tanpa permit.