Tottenham, Brentford sama kuat di Stadium Komuniti Gtech
Iklan
TOTTENHAM Hotspur memberikan pengendali baharu, Ange Postecoglou kemunculan pertama Liga Perdana Inggeris dengan debaran tahap tinggi apabila meraih keputusan seri 2-2 menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech pada Ahad.
Aksi Tottenham buat pertama kali tanpa kelibat Harry Kane yang menyertai gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich menyaksikan pemain baharu James Maddison menyarung jersi nombor 10.