UMNO masih relevan di Negeri Sembilan
Iklan
Jalaluddin (tengah) menang di DUN Pertang.
SEREMBAN - Kemenangan UMNO di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu menunjukkan parti itu masih relevan di Negeri Sembilan.
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, walaupun majoriti undi yang diterima di kebanyakan kerusi dimenangi adalah merosot, namun sokongan rakyat akar umbi masih berpihak kepada parti itu.
Iklan
Iklan
"Walaupun majoriti kita kecil, tapi kita harus lipat gandakan usaha pembelaan kepada rakyat dan untuk yakinkan kembali kepada rakyat tentang peranan yang boleh dimainkan oleh wakil BN demi kesejahteraan serta pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, kemenangan yang diraih pada PRN ini juga menunjukkan Negeri Sembilan boleh dikatakan sebagai kubu kuat BN dan PH.
Iklan
Beliau bagaimanapun berkata, BN perlu lebih bekerja keras selepas ini bagi memastikan parti itu terus diterima rakyat.
Pada PRN kali ini, UMNO yang bertanding 17 kerusi menang di 14 kerusi termasuk kerusi milik Amanah sebelum ini iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng.
Iklan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan calon parti itu yang menang dengan majoriti paling besar iaitu 10,280 undi di DUN Rantau.
Beliau yang menang buat penggal kelima berturut-turut memperoleh 16,957 undi meninggalkan pencabarnya Rozmal Malakan (PN) yang menerima 6,677 undi.
Jalaluddin pula menang di DUN Pertang dengan majoriti 2,790 undi apabila memperoleh 5,634 undi berbanding pencabarnya Amirudin Hassan (PN) 2,844 undi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>