Guan Eng kekal ADUN Air Putih
Iklan
GEORGE TOWN - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, untuk penggal keempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
Berdasarkan data keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada malam ini, Guan Eng menang dengan majoriti 7,923 undi apabila mendapat 8,996 undi.