PRN: PN menang 19 kerusi di Kedah catat undi majoriti lebih 50 peratus

Iklan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan keputusan terkini bagi Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di ibu pejabat SPR Sabtu malam. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, keputusan itu berdasarkan jumlah keseluruhan pengundian setakat jam 10.20 malam.

Iklan
Iklan

"Di Kedah, PN berjaya mencatatkan kemenangan sebanyak 19 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

"Bukan itu sahaja, parti ini juga berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus,” ujarnya.

Iklan

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media PRN dan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Terengganu, pada Sabtu.

Pada PRN enam negeri kali ini, seramai 570 calon bertanding untuk merebut sebanyak 245 kerusi DUN.

Iklan

Seramai 9,773,571 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi untuk pembentukan kerajaan negeri baharu.