Gerakan kecundang di Pulau Pinang

Iklan
Oh Tong Keong

GEORGETOWN - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Pulau Pinang akur dengan keputusan pengundi di negeri ini apabila terus menolak kesemua calon yang ditampilkan mereka pada pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.

Pengerusinya, Oh Tong Keong berkata, faktor pengundi Cina yang masih mempercayai sentimen dimainkan oleh DAP antara punca parti itu 'ditakuti' hingga menyebabkan semua 19 kerusi yang ditandingi Gerakan tewas ditangan gabunhan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengundi di negeri ini dimomokkan dengan kemungkinan yang akan dialami oleh mereka sekiranya memilih Gerakan yang kini bekerjasama dengan Pas dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

"Disebabkan itu, ramai yang terpengaruh dan takut untuk memilih kita selain kita lihat pengundi Cina masih kuat menyokong DAP di Pulau Pinang," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Gerakan Pulau Pinang pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, Tong Keong berkata, percubaan meletakkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau bertanding di Bayan Lepas juga tidak menjadi apabila tewas dengan penyandang kerusi berkenaan, Azrul Mahathir Aziz.

Beliau berkata, walaupun Gerakan tidak berjaya pada PRN kali ini, namun parti itu akan terus berkhidmat untuk rakyat dan meneruskan perjuangan sebagai pembangkang di negeri ini.

Iklan

Tong Keong juga Timbalan Presiden Gerakan berharap semua calon yang bertanding pada PRN kali ini tidak berputus asa dan meneruskan khidmat mereka kepada masyarakat.

"Kita akan adakan 'post moterm' dalam masa terdekat bagi mencari mekanisme yang terbaik untuk kembalikan kepercayaan rakyat kepada kami.

"Biar pun sukar dan mencabar namun kita masih ada calon-calon muda yang boleh diketangahkan dan meneruskan usaha untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)," katanya.