Eddin mahu rakyat segera terjemahkan undi

Iklan
Eddin (kanan) ketika meninjau sekitar pusat mengundi di SK Tuanku Munawir, Kuala Pilah.

KUALA PILAH - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Datuk Eddin Syazlee Shith mahu pengundi terjemahkan pilihan masing-masing pada pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu dengan segera keluar mengundi.

Katanya, ia sebagai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi selain mengelakkan gangguan pada saat-saat akhir.

Iklan
Iklan

"Ramai-ramailah menterjemahkan segala yang terbuku ataupun pilihan masing-masing. Jangan melewatkan kehadiran mengundi kalau boleh sebelum petang," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau perkembangan mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tunku Munawir di sini pada Sabtu.

Eddin sebelum itu mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pilah sebelum ke pusat mengundi SK Tuanku Munawir bagi melihat perkembangan proses pengundian.

Iklan

Sementara itu, suasana di pusat pengundian berkenaan pada sedikit lengang pada awalnya sebelum cuaca hujan kira-kira jam 11.30 pagi, bagaimanapun orang mulai ramai membuang undi menjelang tengah hari ini.

Iklan

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!