'Ramasamy keluar parti tak jejas pengundian esok' - Sivakumar

Iklan
Sivakumar (tengah) ketika bercakap kepada pemberita mengenai tindakan Ramasamy.

SEREMBAN - Tindakan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy keluar daripada DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu tidak menjejaskan pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar berkata, dalam sebuah negara demokrasi setiap orang mempunyai hak untuk menentukan pilihan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kalau dilihat kepada peruntukan dalam Perlembagaan juga memberi hak kepada setiap individu dalam negara ini iaitu hak berpersatuan.

"Jadi keputusan yang dibuat oleh beliau adalah keputusannya sendiri dan saya tak nampak bahawa ini akan memberi apa-apa kesan atau impak politik pada pengundian esok," katanya.

Iklan

Sivakumar yang juga Menteri Sumber Manusia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) belia Seremban di Kolej Tafe pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ramasamy telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli DAP dan Pengerusi DAP Cawangan Chai Leng Park kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada jam 8.24 pagi.

Iklan

Beliau juga telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Alasannya meletakkan jawatan itu kerana parti itu tidak menghargai perbezaan pendapat selain tiada sikap keterbukaan daripada dalaman parti.