‘Sesiapa berpura-pura berlakon tegakkan Islam pasti tersungkur’ - Abdul Hadi
Iklan
Abdul Hadi
SHAH ALAM - Sesiapa yang berpura-pura atau berlakon kononnya cuba menegakkan agama Islam, mereka pasti akan melompat keluar dan tersungkur di pertengahan perjalanan hidupnya, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Menurut beliau, golongan seperti mereka bukan sahaja menggunakan perkataan bahasa Arab dengan tujuan salah dan melakukan pelbagai gerak lakonan, bahkan turut membina masjid sebagai lambang ibadat bagi menggoda serta mengelirukan umat Islam.
Iklan
Iklan
"ALLAH SWT menyebutkan dalam firman-Nya di atas sifat-sifat dan ciri-ciri kumpulan Islam yang menyambung perjuangan membawa Islam iaitu melaksanakan Islam yang sempurna, bukan Islam yang sekular iaitu memisahkan politik daripada Islam.
"Kedua, berjihad untuk menegakkan Islam, bukannya menonjolkan diri dan ketiga, menegakkan kuasa amar ma‘ruf dan nahi munkar.
Iklan
"Menegakkan Islam itu tidak dibolehkan dengan berlakon, berlagak dan berpura-pura,” katanya dalam siaran di Facebook beliau pada Khamis.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, sejarah keemasan Islam menyaksikan berlakunya pertukaran pelbagai bangsa paling berpengaruh yang menganutnya, sehingga Islam berjaya memerintah negara selama lebih daripada 14 abad iaitu 1,300 tahun.
Iklan
Jelasnya, perpaduan umat Islam terdiri daripada pelbagai bangsa yang kukuh dan pemerintahan silih berganti bangsa pemimpinnya serta disertai oleh semua bangsa yang menganut Islam.
"Penerimaan orang bukan Islam juga lebih reda bersama kerajaan Islam kerana keadilannya, sehingga Islam mencipta tamadun yang bersumberkan ilmu wahyu sebagai petunjuk dan ilmu yang bermanfaat daripada pelbagai bangsa dalam negara Islam.
"Apabila kewajipan tidak lagi dilaksanakan, umat Islam diseksa dengan penjajahan musuh Islam daripada pelbagai agama dan ideologi. Namun, Islam tetap dipelihara ALLAH dan adanya kumpulan yang kembali berjuang bagi menegakkannya.
"Kehilangan kuasa umat Islam terjadi apabila mereka meninggalkan perjuangan untuk mempertahankannya,” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.