Sokongan kaum India di Selangor terhadap PN meningkat - Roslan Shahir
Iklan
Roslan Shahir (tengah) ketika sidang akhbar PN pada Khamis.
SHAH ALAM - Kajian lapangan Perikatan Nasional (PN) Selangor di lokasi terpilih seperti Sungai Panjang, Paya Jaras dan Pelabuhan Klang menunjukkan peningkatan sokongan kaum India sebanyak 15 peratus.
Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, kajian menunjukkan kaum Melayu kekal mencatatkan peratusan tertinggi sehingga 70 peratus, manakala sokongan kaum Cina melebihi lima peratus.
Iklan
Iklan
Menurutnya, PN yakin sokongan tersebut mampu dipertingkatkan lagi berpandukan kempen di lapangan yang kekal agresif dibantu tawaran manifesto PN Selangor yang dilancarkan Jumaat lalu.
"Dengan jumlah pakej rangsangan sebanyak RM2 bilion dengan 112 tawaran 25 pendekatan dan tujuh tunjang, PN telah menerima maklum balas positif daripada rakyat Selangor secara umumnya.
Iklan
"Rakyat Selangor juga semakin hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) yang terbukti jelas telah menjual hak dan kekayaan rakyat Selangor kepada puak-puak tertentu," katanya pada sidang akhbar PN pada Khamis.
Beliau berkata, isu pencemaran sungai, pengurusan buangan logistik yang lemah, kilang haram dan pencerobohan hutan juga didakwa menjadi faktor 'trust deficit' rakyat terhadap PH dan BN di Selangor.
Iklan
Ujarnya, PN menjangkakan sebanyak 29 kerusi bakal ditawan termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang ditandingi Menteri Besar Selangor.
"PN juga yakin mampu mempertahankan kerusi DUN Sijangkang, Selat Kelang dan Gombak selain menawan Hulu Kelang, Sungai Ramal, Kuala Kubu Bharu dan Batu Tiga.
"Saya seru rakyat Selangor tanpa mengira lapisan umur, kelas ekonomi dan kaum menjalankan tanggungjawab dengan keluar mengundi beramai-ramai pada 12 Ogos ini," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.