IFTAR@KL 2019 bermula Sabtu ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Program berbuka puasa beramai-ramai, Iftar@Kuala Lumpur 2019, akan diadakan berhadapan Bangunan Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Jalan Raja pada setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli dalam kenyataannya hari ini berkata program percuma yang memasuki penganjuran kali kelapan itu diadakan bagi menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati suasana Ramadan di ibu negara.