Kerajaan Pusat bertukar sekadar permainan psikologi PN - Mahfuz
Iklan
Mahfuz (kiri) dan Mahdzir pada Mesyuarat Gabungan Perpaduan Kedah di Bangunan Tunku Alor Setar pada Rabu.
ALOR SETAR - Dakwaan beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) bahawa kerajaan Pusat akan bertukar sekiranya gabungan berkenaan menang semua Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah sekadar permainan psikologi.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan usaha itu adalah cara PN untuk mengekalkan kuasa mereka di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, PN di negeri ini juga didakwa semakin bimbang dengan dengan slogan 'Kalih Bagi Sama' yang dilihat semakin disambut baik oleh rakyat.
"Ini menunjukkan mereka (dalam kalangan pimpinan PN) begitu bimbang terhadap kesan daripada tagline yang dibawa (gabungan) Perpaduan di peringkat negeri Kedah ini iaitu Kalih Bagi Sama, (ia membawa maksud) supaya kerajaan Kedah selari dengan kerajaan Pusat,
Iklan
"Sebab itu saya ingin menyebutkan bahawa mungkin mereka boleh memperolokkan, mempermainkan dan merendahkan pengundi tegar mereka tetapi mereka tidak boleh mempermainkan pengundi yang mempunyai pemikiran yang jauh menjangkau ke hadapan," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.
Beliua berkata demikian Beliau selepas Mesyuarat Gabungan Perpaduan Kedah di Bangunan Tunku Alor Setar, dekat sini.
Iklan
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu kembali mengulangi keyakinannya 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah berada dalam genggaman gabungan BN-PH.
"Fokus utama gabungan berkenaan adalah menang di tiga lagi kerusi DUN sekaligus membentuk majoriti mudah dan menawan pentadbiran kerajaan negeri Kedah," ujar beliau.
Sementara itu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tahap penerimaan rakyat Kedah terhadap 'slogan 'Kalih Bagi Sama' semakin menunjukkan petanda yang positif menjelang beberapa hari sebelum hari pengundian Sabtu ini.
Hal tersebut dibantu dengan pengenalan manifesto ataupun tawaran daripada gabungan PH-BN sekiranya menang di Kedah yang menyentuh isu-isu yang dekat dengan rakyat di negeri Jelapang Padi itu.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
ARTIKEL BERKAITAN: Gelombang tukar kerajaan jika PN menang di 6 negeri - Azmin
Boleh tukar kerajaan walau terikat Akta Lompat Parti - Ahmad Faizal
'Nak tukar kerajaan, Peja tak faham perundangan' - Nik Nazmi
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>