Rakyat Malaysia ditahan bawa 4.7 kg dadah di Singapura
Iklan
SINGAPURA - Pihak berkuasa Singapura menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 4.7 kilogram (kg) heroin dalam sebuah kereta yang didaftarkan di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 5 Ogos 2003.
Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 22 tahun yang menaiki kereta terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah.