Empat negeri, PRK Kuala Terengganu catat undi awal lebih 95 peratus
Iklan
Anggota Polis Diraja Malaysia, Nurul Yasmin Mohd Suhaimi (kanan) bergambar dengan jari berdakwat selepas mengundi awal sempena PRN di Pusat Pengundian Awal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu pada Selasa. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Empat daripada enam negeri yang menghadapi pilihan raya negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi lebih 95 peratus bagi undi awal yang diadakan pada 8 Ogos.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmakrudin berkata, Kedah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 96.02 peratus, diikuti Terengganu, 95.91 peratus, Selangor (95.87 peratus) dan Pulau Pinang (95.01 peratus).
Iklan
Iklan
Menurut beliau, dua negeri lagi iaitu Negeri Sembilan dan Kelantan merekodkan bawah 95 peratus dengan masing-masing mencatatkan sebanyak 94.05 peratus serta 93.90 peratus.
Sementara itu, PRK Kuala Terengganu pula mencatatkan 1,286 orang pengundi bersamaan 95.47 peratus daripada 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan yang terlibat.
Iklan
"SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.
"Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” ujarnya.
Iklan
Sebelum ini, SPR memaklumkan pengundian awal PRN bakal menyaksikan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing mengundi di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal.
Sementara, 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terbabit dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu, melalui tiga pusat mengundi awal yang kesemuanya dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.