Cuaca panas terik dijangka berterusan di Jepun
Iklan
TOKYO - Agensi cuaca Jepun berkata cuaca panas terik dijangka berlaku di wilayah Jepun yang lebih luas pada Selasa, mendorong peningkatan suhu melebihi 35 darjah Celsius, lapor Xinhua.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, udara panas daripada ribut tropika Khanun dan fenomena Foehn di kawasan sepanjang pantai Laut Jepun berkemungkinan menyebabkan suhu meningkat.