Kubah runtuh: MB ingatkan peka aspek keselamatan
Iklan
Struktur bumbung (kubah) Masjid Haji Muhammad di Kampung Mengabang Tengah, di sini yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam kejadian malam kelmarin. - Foto: Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) (Gambar kecil:Ahmad Samsuri Mokhtar)
KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kontraktor dan jemaah masjid di seluruh negeri yang terlibat dalam pengubahsuaian masjid supaya lebih peka terhadap aspek keselamatan.
Menurutnya, ia penting bagi memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu buat masa ini.
Iklan
Iklan
"Semua kontraktor, ahli kariah di mana-mana masjid sama ada persendirian atau pun tidak yang terlibat dalam pembinaan, kena teliti betul-betul aspek keselamatan.
"Walaupun musim ini cuaca panas, tiada hujan dan ribut, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Iklan
"Terutama sekali masjid yang terlibat dengan pengubahsuaian, kena teliti betul-betul,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian bumbung masjid runtuh, kelmarin.
Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan melihat keperluan yang boleh dibantu susulan kejadian itu.
Iklan
"Apa pun kita kena lihat dahulu kalau ada perkara-perkara yang boleh kita bantu, kita akan cuba bantu,” katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, semalam.
Dalam kejadian jam 10.15 malam itu, sebahagian struktur bumbung (kubah) Masjid Haji Muhammad di Kampung Mengabang Tengah, di sini, yang sedang dalam pembinaan proses naik taraf, runtuh dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang.
Bagaimanapun, empat jemaah yang berada di dalam masjid ketika kejadian terselamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal