Ronaldo, Careca perkuat Yeop
Iklan
Ahmad Faizal tengah bersama Ronaldo dan Careca pada sidang media berkenaan.
[DIKEMASKINI] TEKA-teki mengenai pemain import baharu Perak akhirnya terjawab dengan kehadiran dua pemain Brazil, Ronaldo Henrique Silva 28 dan Raianderson Da Costa Morais (Careca) 23, bagi memperkuatkan skuad The Bos Gaurus itu.
Ketika mengumumkan perkara berkenaan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kehadiran kedua-dua pemain berkenaan sekali gus mengesahkan dua import sedia ada, Gilmar da Silva dan Wander Luiz tidak lagi beraksi untuk skuad Kejor Yeop Skor itu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Iklan
Iklan
"Kita ucapkan terima kasih kepada Gilmar dan Wander Luiz atas sumbangan mereka selama ini. Kita turut doakan anak Wander Luiz sembuh.
"Kita juga berharap kehadiran Ronaldo dan Careca dapat membantu memperkuatkan pasukan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Iklan
Tambah Ahmad Faizal, kedua-dua pemain berkenaan besar kemungkinan bakal beraksi pada aksi suku akhir kedua Shopee Piala FA berdepan PKNP FC di Stadium Perak, Sabtu ini.
Sementara itu bagi mengulas mengenai kehadiran pemain kelahiran Singapura Faris Ramli, Ahmad Faizal berkata, pemain berkenaan memang ada dalam senarai pemain yang mahu dibawa masuk oleh ketua jurulatih Mehmet Durakovic.
Iklan
Bagaimanapun katanya, ada beberapa proses yang perlu dilalui dalam usaha membawa masuk pemain berkenaan.
"Coach Mehmet (Durakovic) ada suarakan nak bawa masuk, kerana import kita ikut kuota. Namun kita perlu lalui proses-proses tertentu, antaranya kena hormati pasukan yang diwakili pemain itu ketika ini.
"Sebenarnya kita ada ramai lagi pemain muda tempatan termasuk dari rantau ini yang menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Perak," katanya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.