'Nak tukar kerajaan, Peja tak faham perundangan' - Nik Nazmi
Iklan
Nik Nazmi (tengah) ketika sidang akhbar selepas meninjau gerak kerja PKR bersama calon PRK Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail di sini pada Isnin.
KUALA TERENGGANU - Kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa tidak mustahil kerajaan Pusat akan bertukar walaupun terikat dengan Akta Lompat Parti menunjukkan bekas Ahli Parlimen Tambun itu tidak faham tentang proses perundangan negara.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, justeru Ahmad Faizal diminta untuk berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia tidak akan membantu memulihkan ekonomi negara.
Iklan
Iklan
"Itu menunjukkan saudara Ahmad Faizal ini tak faham perundangan negara dan cukup-cukuplah. Kita dah lalui perubahan demi perubahan kerajaan.
"Ingat pesanan Yang di-Pertuan Agong, malah saya yakin permintaan daripada rakyat sendiri di mana perbezaan politik itu tolak ke tepi. Selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti kita nak stabilkan negara kita," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas meninjau gerak kerja PKR bersama calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail di sini pada Isnin.
Pada Ahad, Ahmad Faizal berkata, meskipun terikat dengan Akta Lompat Parti, namun tidak mustahil kerajaan Pusat akan bertukar sekiranya Perikatan Nasional (PN) memenangi semua PRN nanti.
Iklan
Menurut Ahmad Faizal, ini kerana ada proses undang-undang yang membolehkan ia berlaku.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, negara memerlukan pembangunan ekonomi, pelaburan serta pekerjaan dan bukannya untuk mengubah kerajaan sedia ada.
"Jadi bertukar-tukar kerajaan ini pertama sekali ia tak akan berlaku. Bercakap itu pun tak akan membantu memulihkan ekonomi negara.
"Jadi pembangkang yang baik cukuplah. Dia (Ahmad Faizal) pun dah kalah (Parlimen Tambun)," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.