Anggota Tentera membantu Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan akhir bagi undi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Pengundian Awal Dewan Serbaguna Kem Segenting hari ini.
SPR telah menetapkan proses pengundian awal PRN akan dilaksanakan esok dan pusat pengundian mula dibuka pada 8 pagi.