Tiga maut, dua cedera ditembak di Washington

Iklan
Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Tenggara Washington D.C. pada malam Sabtu. - Gambar hiasan

WASHINGTON - Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di Tenggara Washington D.C. pada malam Sabtu.

Pegawai polis menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8 malam (0000 GMT Ahad) di blok 1600 Good Hope Road, sebelum menemukan lima mangsa iaitu empat lelaki dan seorang wanita.

Iklan
Iklan

"Keganasan senjata api ini perlu dihentikan. Ia amat mengecewakan. Kami tahu bahawa seseorang dalam komuniti tahu apa yang berlaku. Sila hubungi kami dan berikan kami sebarang maklumat yagar kami dapat memastikan rakyat, penduduk selamat dalam komuniti mereka," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, insiden tembakan itu sedang dalam siasatan.

Iklan

Awal Sabtu, dua lelaki mati ditembak, manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian serupa di Barat Laut Washington.

Tembakan berlaku di blok 2500 Ontario Road pada kira-kira 1 pagi (0500 GMT) waktu tempatan. -Bernama-Xinhua

Iklan