PN perlu lepasi dua syarat
Iklan
EMGC merumuskan, PN mampu untuk memenangi dan menakluki negeri Selangor daripada PH dengan memenuhi dua syarat kritikal pada PRN ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Kajian Endeavour-MGC (EMGC) melaporkan, majoriti responden bersetuju untuk mengekalkan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, EMGC merumuskan, Perikatan Nasional (PN) mampu untuk memenangi dan menakluki negeri tersebut daripada PH dengan memenuhi dua syarat kritikal.
Iklan
Iklan
Jelas firma itu, syarat pertama ialah pengundi Melayu PH dan Barisan Nasional (BN) yang tidak lagi komited kepada parti tersebut dan beralih kepada PN.
"Ia sekali gus akan mengurangkan sokongan terhadap PH dan BN kepada kira-kira satu pertiga daripada semua undi Melayu.
Iklan
"Blok pengundi ini mungkin kebanyakannya terdiri daripada bekas pengundi BN tetapi juga sebahagian kecil pengundi PH,” menurut hasil kajian tersebut.
Jelas EMGC, syarat kedua ialah peratusan keluar mengundi Melayu perlu 20 peratus atau lebih daripada bukan Melayu.
Iklan
Sebagai contoh, sekiranya peratusan keluar mengundi Melayu ialah kira-kira 85 peratus, oleh demikian jumlah keluar mengundi bukan Melayu hendaklah hanya 65 peratus.
"Anggaran penganalisis menunjukkan ini telah berlaku dalam PRN sebelum ini. Contohnya di Johor apabila peratusan keluar mengundi Melayu dianggarkan kira-kira 25 peratus lebih daripada peratusan bukan Melayu,” ujarnya.
Tambah EMGC, PN telah menunjukkan keberkesanan dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) lalu apabila berjaya meraih blok sokongan Melayu daripada BN dan pengundi baharu.
"Memandangkan PN memerlukan kedua-dua syarat dipenuhi untuk memenangi negeri itu, dan merujuk kepada tinjauan kerusi DUN majoriti Melayu Selangor (34 Kerusi DUN) terbaharu ini, mungkin PH-BN kekal sebagai kerajaan walaupun dengan majoriti mudah,” katanya.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.