MBM sangkal terlibat dengan SMS hasutan

Iklan
MBM menyangkal dakwaan yang seakan-akan mengaitkan pertubuhan itu dengan hantaran pukal SMS yang bersifat provokatif dan menghasut.- Gambar hiasan 123RF

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyangkal dakwaan yang seakan-akan mengaitkan pertubuhan itu dengan hantaran pukal khidmat pesanan ringkas (SMS) yang bersifat provokatif dan menghasut.

Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dalam kenyataan pada Sabtu menegaskan hantaran tersebut bukan bersumberkan daripada MBM atau mana-mana pertubuhan belia yang bergabung di bawahnya.

Iklan
Iklan

"Malah, sebarang usaha kempen yang bermatlamat memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat juga harus dielakkan oleh semua parti politik,” katanya.

Justeru, Mohd Izzat Afifi berkata, MBM akan membuat laporan polis dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pertubuhan itu dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.

Iklan

Beliau juga menyeru semua parti politik yang bertanding agar sentiasa berkempen secara matang dan sihat serta mengelakkan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang negara.

"MBM juga menyeru kepada seluruh warga belia Malaysia yang layak mengundi untuk turun mengundi pada 12 Ogos 2023 nanti,” katanya. - Bernama

Iklan