Dua lelaki ditahan cuba seludup minyak diesel ke negara jiran

Iklan
KPDN Perlis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyeludup minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris pada Jumaat. - Gambar hiasan

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki menyeludup minyak diesel bersubsidi menerusi Op Tiris pada Jumaat.

Pengarahnya, Norazah Jaapar berkata kedua-dua lelaki berumur 30-an itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di depan pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian kira-kira 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

Norazah berkata, menerusi serbuan kedua di tempat dan masa yang sama, KPDN Perlis menahan sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran asing yang menggunakan modus operandi sama menyeludup keluar 400 liter minyak diesel ke negara jiran.

"Menerusi dua serbuan itu, KPDN Perlis merampas 800 liter minyak diesel dan menyita dua kenderaan jenis Toyota Hilux dan dua unit tangki tambahan dianggarkan bernilai RM103,720," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga menahan dua suspek lelaki yang merupakan pemandu kenderaan terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

"Suspek menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran asing memasuki Malaysia pada sebelah petang dan membeli minyak diesel di stor-stor haram menjual minyak diesel di sekitar Wang Kelian sebelum membawanya masuk ke negara jiran melalui pintu sempadan sama pada 8 pagi keesokannya," katanya.

Iklan

Norazah berkata, suspek dipercayai menerima upah daripada sindiket di negara jiran bagi membawa minyak diesel berkenaan keluar dari Malaysia. - Bernama