Cabar Ahli Parlimen letak jawatan
Iklan
Tengku Haphiz Tengku Putera
KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Umno yang bertindak keluar parti dicabar meletak jawatan dan bertanding semula bagi membuktikan kemenangan sebenar dan menilai tahap sokongan rakyat.
Ketua Pemuda Umno Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, penilaian boleh dibuat menerusi PRK sebagaimana amalan kerajaan PH yang memberikan laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Port Dickson sebelum ini.
"PRK PD diadakan untuk jadikan kawasan itu lebih baik berbanding kepimpinan sedia ada dan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jadi Perdana Menteri.
"Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah letak jawatan dan bertanding semula dalam PRK kerana dalam PRU14 lalu mereka dipilih atas kapasiti Umno dan BN, bukan kapasiti individu,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengakui kecewa dengan tindakan enam pemimpin Umno yang keluar parti, Tengku Haphiz berkata, alasan yang digunakan demi rakyat tidak boleh dipakai kerana rakyat boleh menerima kekalahan BN dan memahami ia adalah sebahagian proses demokrasi.
"Alasan yang diguna kerana rakyat, tapi hakikatnya rakyat pilih calon untuk menang PRU lalu atas kapasiti Umno dan BN.
"Ahli Parlimen kita bertanding dan dapat kemenangan kukuh atas nama Umno kerana di Terengganu, tiada MCA dan MIC. Tambah mengecewakan perkara ini langsung tidak dibincangkan bersama pimpinan Umno dan kepimpinan peringkat negeri,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Haphiz berkata, beliau berharap pemimpin yang keluar parti tidak memilih kasih dan meminggirkan rakyat yang selama ini menyokong mereka.
"Harap mereka yang keluar parti yang beritahu nak bela rakyat, nak bangunkan kawasan jangan pula timbul sentimen ‘pilih kasih’. Kena tunaikan apa yang dijanjikan,” katanya.
Peratus pengundi membuang undi setakat jam 11 pagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag masing-masing sebanyak 33 peratus dan 30 peritus, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, rekod bagi peratusan yang keluar sedikit rendah untuk DUN Lamag berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/765325/berita/politik/prk-kinabatangan-lamag-peratusan-keluar-mengundi-kurang-banding-prn-pengundi-mungkin-tak-balik---spr
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.