Hapus tunggakan bil air, mansuh caj parkir antara manifesto BN-PH Kelantan
Iklan
Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub. - Foto Bernama.
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Penghapusan tunggakan bil air Air Kelantan Sdn Bhd dan pemansuhan bayaran letak kereta di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) antara yang ditawarkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos ini.
Pengerusi parti Kerajaan Perpaduan Madani negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sebanyak 34 tawaran diberikan untuk semua golongan masyarakat.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, antara perkara lain ialah pembinaan segera terminal pengangkutan awam bersepadu (Kelantan sentral) serta tiket percuma bas dan keretapi untuk mahasiswa anak Kelantan pergi dan pulang sebanyak dua kali setahun sehingga tamat pengajian.
"Melalui tawaran ini kita harap rakyat Kelantan dapat mengubah masa depan negeri. Ia bukan satu janji retorik tetapi akan direalisasikan untuk kesejahteraan rakyat," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian pada sidang media Tawaran Kepada Rakyat Kelantan di sini pada Sabtu.
Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi BN negeri memberitahu, tawaran turut memberi keutamaan kepada pemotongan sebanyak 50 peratus lesen perniagaan melibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT), kadar cukai pintu termasuk tunggakan, menurunkan semula premium tanah, caj pecah sempadan dan ubah syarat tanah serta bayaran doket tanah dan batuan.
Iklan
Selain itu katanya, BN-PH juga mahu mewujudkan Perbadanan Kemajuan Kelantan Utara untuk memacu ekonomi di negeri itu melalui usaha pembangunan ekonomi sosial, pembasmian kemiskinan untuk membantu rakyat dengan lebih proaktif.
"Kita juga akan membina kira-kira 5,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun, selain diskaun rebat 50 peratus untuk bayaran proses pelan kediaman untuk rumah kali pertama terutama kepada golongan B40, belia dan yang baharu membina keluarga," katanya.
Tambah Jazlan, golongan pelajar Tingkatan Enam juga diutamakan dengan pemberian one-off RM3,000 untuk pembelian barangan sekolah.
"Selain itu, bantuan ibu bersalin untuk anak pertama sebanyak RM1,000 turut diberikan.
Jazlan turut memaklumkan, BN-PH akan mengembangkan syiar Islam di negeri ini sebagai perkara utama dengan mewujudkan jawatan guru al-Quran dan kelas al-Quran percuma di seluruh negeri.
"Kita wujudkan bantuan tahunan tetap kepada institusi pondok dan tahfiz serta bantuan RM2,000 kepada pasangan yang baharu berkahwin," katanya.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menghantar senarai nama calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Mohamad Abd Hamid berkata, senarai nama tiga hingga lima calon itu dicadangkan oleh pimpinan di peringkat Cabang Nibong Tebal untuk diperhalusi.
Menurutnya, calon-calon yang disenarai pendek itu berusia antara 30 hingga 60 tahun termasuk anak tempatan di kawasan Sungai Bakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667914/berita/politik/prk-sungai-bakap-pkr-pulau-pinang-hantar-senarai-nama-calon
Muzik: Elevate dari www.bensound.com