18 terbunuh bas terhumban ke gaung

Iklan
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila bas yang membawa penduduk tempatan dan pendatang terhumban ke dalam gaung di timur laut Mexico. - Foto AFP

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh apabila sebuah bas persiaran terjunam ke dalam gaung sedalam 40 meter di Mexico pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pejabat pendakwa raya negeri Nayarit di barat Mexico, seramai 20 penumpang lagi yang cedera, dirawat di hospital.

Iklan
Iklan

Kebanyakan penumpang bas itu yang dalam perjalanan dari Mexico City ke bandar sempadan Tijuana, terdiri daripada warga India, Afrika dan Republik Dominican yang dalam perjalanan ke Amerika Syarikat.

Pasukan penyelamat membantu membawa keluar penumpang bas. - Foto AFP
Iklan

Polis menahan pemandu bas itu yang dipercayai memandu laju.

Iklan

Setiap tahun, beratus ribu pendatang dari Amerika Tengah dan Selatan, Caribbean dan bahagian lain di dunia cuba menyeberangi sempadan di utara Mexico itu untuk masuk ke Amerika Syarikat. - Bernama-dpa