Malaysia sasar 2.19 juta pelancong Thailand tahun ini

Iklan
Gambar hiasan

BANGKOK - Malaysia akan melancarkan beberapa pakej dan kempen pelancongan dalam usaha menarik kedatangan kira-kira 2.19 juta pelancong Thai tahun ini.

Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Malaysia di Bangkok, Suzilah Mohd Sidek berkata Pelancongan Malaysia Thailand dengan kerjasama pemain industri akan menampilkan lebih banyak produk pelancongan untuk memenuhi permintaan pelancongan Thai.

Iklan
Iklan

Beliau berkata lebih banyak sesi networking dengan pemegang pertaruhan akan diadakan bagi memupuk hubungan lebih rapat antara Malaysia dengan Thailand.

"Thailand berada di ranking keempat dalam senarai 10 teratas pasaran janaan pelancong bagi Malaysia.

Iklan

Tahun lepas, Malaysia menerima kedatangan kira-kira 1.9 juta pelancong Thai, tambahan 4.3 peratus dari angka 2017.

Tahun ini Malaysia melihat kepada segmen pasaran berpotensi termasuk keluarga, adventure, liburan dan beli belah untuk pelancong Thai,” katanya kepada Bernama.

Iklan

Program ‘Malaysia Tourism Products Engagement’ diadakan baru-baru ini. Turut hadir ialah wakil-wakil dari Malaysia Airlines, Genting Malaysia Berhad, Sunway Lost World of Tambun, Sunway Lagoon, Sunway Resort Hotel and Spa, dan Langkawi Thai Village Holidays Sdn Bhd bagi menampilkan produk dan pakej pelancongan terbaharu untuk menjadikan Malaysia destinasi favorit pelancong Thai.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelancongan Malaysia (Bangkok), Mazreena Mohd Yusof berkata Pelancongan Malaysia Bangkok telah meningkatkan kerjasama ke arah menggalakkan Lawatan Kembara Bebas dan Lawatan Kumpulan Inklusif ke Malaysia.

"Kita telah mengadakan kolaborasi dan mewujudkan mekanisme dengan rakan-rakan dalam pelbagai kluster seperti syarikat penerbangan, bank, agen, hiburan dan pusat beli belah,” kata beliau. - Bernama