Cuaca: Bacaan IPU di Sarawak sederhana

Iklan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak menunjukkan bacaan sederhana setakat 3 petang ini.

KUCHING - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak menunjukkan bacaan sederhana setakat 3 petang ini.

Berdasarkan laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan-kawasan di Sarawak menunjukkan bacaan IPU sekitar 60 hingga 86.

Iklan
Iklan

Antara kawasan yang mencatatkan IPU tertinggi ialah Kuching dengan 86, Mukah (84) dan Sri Aman (81).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Iklan
Iklan

Pada 6 petang semalam, bacaan IPU di kawasan bandar Kuching telah mencecah 100. - Bernama