Gambar pemimpin parti bersekutu dibenar dalam bahan kempen

Iklan
Abdul Ghani - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Gambar pemimpin parti politik termasuk parti komponen berdaftar dibenar dipamerkan pada bahan kempen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ia boleh digabungkan atau diletakkan secara berasingan tertakluk kepada bahagian pilihan raya yang dipertandingkan oleh parti politik berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiada had ditetapkan kepada gambar parti politik, pemimpin, gabungan yang bertanding pada bahan kempen pilihan raya.

"Semua kaedah dan bahan kempen adalah dibenarkan selagi mana ia tidak mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati, permusuhan atau menimbulkan provokasi serta tidak melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5]," katanya.

Iklan

Beliau berkata, calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT).

"SPR telah menubuhkan sebanyak 252 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk memantau semua aktiviti calon-calon yang bertanding ketika berkempen," ujar beliau.

Iklan

Terdahulu, SPR mengesahkan menerima 573 kertas pencalonan pada penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Bagaimanapun terdapat satu kertas pencalonan ditolak daripada bakal calon bebas di Dewan Undang Negeri (DUN) N09 Kota Lama Kelantan.

Hari pengundian ditetapkan pada 12 Ogos depan.