Malaysia kecam pencerobohan Masjid al-Aqsa
Iklan
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan tentera dan pendatang Israel yang diketuai Menteri Keselamatannya ke dalam Masjid Al-Aqsa dan pekarangannya pada Khamis.
PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan tentera dan pendatang Israel yang diketuai Menteri Keselamatannya ke dalam Masjid Al-Aqsa dan pekarangannya pada Khamis.
Pencerobohan itu jelas mempamerkan tindakan provokasi dan mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan lewat Jumaat.
Iklan
Iklan
Malaysia tidak akan sekali-kali membenarkan sebarang percubaan tentera penjajah yang bertujuan mengubah status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif dan tidak akan mengiktiraf sebarang hasil daripada tindakan haram terbabit.
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan status undang-undang tapak suci dan meminta rejim Israel bertanggungjawab atas pencerobohan itu demi keamanan dan kestabilan, tambah Wisma Putra.
Iklan
Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Haram Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.
Malaysia juga berpegang teguh dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi bahawa rakyat Palestin berhak untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>