PH-BN umum 36 calon bertanding PRN Kedah
Iklan
Mahdzir dan Mahfuz bersama calon PH-BN yang bakal bertanding dalam PRN Kedah Ogos ini.
SUNGAI PETANI - Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah mengumumkan senarai penuh 36 calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada malam Khamis.
Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam reaksinya menyifatkan kerjasama gabungan tersebut dan juga calon yang ditampilkan diyakini mampu menarik sokongan rakyat pada PRN di Kedah nanti.
Iklan
Iklan
Pengumuman dilakukan pada Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Manifesto Perpaduan Kedah di Dataran Laguna Merbok, dekat sini.
Saifuddin (tengah) turut hadir pada Majlis Pengenalan Calon dan Pelancaran Manifesto Perpaduan Kedah di Dataran Laguna Merbok, di Sungai Petani pada malam Khamis.
Hadir sama Ketua Setiausaha Sekretariat Perpaduan Nasional, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Iklan
Berikut senarai calon yang disenaraikan oleh PH-BN di Kedah;
N.01 Ayer Hangat - Hisham Suhaily Osman (BN)
Iklan
N. 02 Kuah - Ahmad Fauzi Chik (PH)
N03 Kota Siputeh - Dr Salmee Said (PH)
No4 - Ayer Hitam - Hayazi Azizan (BN)
No5 - Bukit Kayu Hitam - Zainol Abidin Mohamad (BN)
No6 - Jitra - Sabrina Ahmad (PH)
No7 - Kuala Nerang - Ridzwan Abu Bakar (PH)
No8 - Pedu - Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN)
No9 - Bukit Lada - Datuk Said Ali Syed Rastan (BN)
No10 - Bukit Pinang - Datuk Hadzir Md Zain (PH)
No11 - Derga - Tan Kok Yew (PH)
No12 - Suka Menanti - Datuk Zamri Yusuf (PH)
No13 - Kota Darul Aman - Teh Swee Leong (PH)
No14 - Alor Mengkudu - Datuk Mahfuz Omar (PH)
No15 - Anak Bukit - Nor Hasita Md Isa (BN)
No16 - Kubang Rotan - Mohd Asmirul Anuar Aris (PH)
No17 - Pengkalan Kundur - Datuk Dr Ismail Salleh (PH)
No18 - Tokai - Zainal Abidin Saad (PH)
No19 - Sungai Tiang - Mohammad Fadzil Zolkifpli (BN)
N20 - Sungai Limau - Siti Balkhis Husain (PH)
N21 - Guar Chempedak - Abdul Paris Abdul Hamid (BN)
N22 - Gurun - Mohammed Firdaus Johari (PH)
N23 - Belantik - Mazli Saipi (PH)
N24 - Jeneri - Datuk Muhamad Khizri Abu Kassin (BN)
N25 - Bukit Selambau - Summugam Rengasamy (PH)
N26 - Tanjung Dawai - Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin (BN)
N27 - Pantai Merdeka - Wan Mohalina Wan Mohamad (BN)
N28 - Bakar Arang - Loh Wei Cha (PH)
N29 - Sidam - Bau Wong a/l Bau Ek (PH)
N30 - Bayu - Datuk Ishak Mat (BN)
N31 - Kupang - Muhammad Suhaimi Hamzah (PH)
N32 - Kuala Ketil - Suriati Che Mid (BN)
N33 - Merbau Pulas - Datuk Asmadi Abu Talib (BN)
N34 - Lunas - Shamsul Anuar Abdullah (PH)
N35 - Kulim - Teh Lean Ong (PH)
N36 - Bandar Baharu - Nuraini Yusoff (BN)
PH-BN gariskan empat teras manifesto Kedah Madani
SUNGAI PETANI - Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan - Barisan Nasional (PH-BN) Kedah menggariskan empat teras utama dalam manifesto Kedah Madani sekiranya berjaya menawan negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.
Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, empat teras yang digariskan antaranya Reformasi politik dan urus tarbir yang telus; Pembangunan dan Pengurusan ekonomi yang progresif; Pembangunan sosial yang harmoni dan Pengurusan sumber hasil bumi yang mampan.
Menurutnya, manifesto berkenaan dilihat munasabah dan mampu dilaksanakan demi kepentingan rakyat Kedah yang progresif.
"Namun ia harus bermula dengan soal integriti dan tatakelola yang baik bagi memastikan supaya segala pengurusan hasil bumi negeri Kedah yang merupakan sumber kekayaan utama akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat," katanya.
Hadir sama, Ketua Sekretariat Perpaduan Nasional, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pengumuman Calon serta Pelancaran Manifesto Kerajaan Perpaduan Negeri Kedah di Bandar Laguna Merbok pada Khamis.
Jelas Mahdzir, pengurusan dan tata kelola yang baik memerlukan pemimpin berpotensi dan berkebolehan untuk dilaksanakan.
"Maka ia sudah tentu memerlukan kepimpinan yang betul-betul jujur yang ada kemampuan dan keupayaan serta idea untuk mengetengahkan perubahan demi masa depan negeri," jelasnya.
Ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 boleh diibaratkan sebagai amanat daripada ‘prime minister in waiting’.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ berpandangan, ucapan Ahmad Zahid memberi gambaran dan hala tuju yang jelas buat UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam mendepani pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795890/berita/politik/kj-anggap-ucapan-ahmad-zahid-ibarat-amanat-prime-minister-in-waiting
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.